01 June 2013

Mimpi Buruk

Hoihoi assalamualaikum :/ Hari ni aku tak ada mood sangat . Haa mimpi punya pasal lah . Sampai Birthday Qila semalam pun aku tak join . Rugi kot . Best friend sendiri pulak tu . Hm sebelum tu nak wish jap ah :p 

I have three wishes for you on your birthday. First, I wish that this Birthday teaches you something new and beautiful.Second, I wish that you have a day that you'll remember forever with a smile.And third, I wish that such days keep coming in every single day :) Happy Birthday to My Best Friend forever and ever Nurul Aqilah :D 

Haa speaking habis aku . Haha ok berbalik kepada cerita asal . Aku mimpi pasal Eiman . Ha pasal aku mimpi dia lah aku tak jadi pergi birthday Qila . Haha padahal tak ada kena mengena pun xD Ok meh dengar cerita aku . 
Dalam mimpi aku tu , masa tu Hari Guru dekat sekolah . Dekat tapak perhimpunan ada persembahan daripada pelajar . Masa tu aku duduk tepi sekali dengan Ayu . Eiman dengan kawan2 dia dekat depan aku . Masa tengah tgk persembahan tu aku tgh makan coklat . Lepastu aku gosok mata sebab tetiba rasa ada habuk masuk . Lepastu kan aku dapat rasa yang ada org tgh pandang aku . Aku pusing kiri , pandang belakang , pandang depan .. ha! Eiman usha aku . Eh pahal lah budak ni . Tetiba aku terdengar kawan dia cakap "eh ? Mashitah menangis ke ?" Then kawan2 dia dengan dia sekali tetiba bangun . Aku time tu buat bodoh lah lagi . Malas nak menyibuk . Tetibe Ikmal duduk sebelah aku , dia pandang muka aku lama2 , lepastu bangun then blah . Pelik tak ? Aku senyap je lah . lepastu Hafiz pulak duduk then pandang muka aku lama2 . Lagi sekali sama mcm Ikmal , dia bangun lepastu blah .  Lagi bertambah pelik lah kan aku . Seterusnya Aidid pulak , dia pandang lepastu blah sambil cakap "Mashitah tak menangis pun" Haha lagi bertambah tambah tambah tambah tambah pelik aku . Ok aku senyap . Tetibe Ayu panggil aku dia suruh aku pusing belakang . Aku pusing je lah . Lepastu Eiman duduk sebelah aku . Ok ni tak pelik . Biar jelah . Kawan kan . Lepastu Ayu cakap "Aku nak cakap something ni , tapi kau jangan terkejut dan menangis" Pehhh! Time tu rasa tak sedap hati . Aku pun angguk je lah tak cakap apa2 . Eiman kat sebelah aku tu senyap je . Ha ini pelik ! Ok lepastu Ayu cakap " Eiman tu sayang kau lagi . Dia nak getback dengan kau . Aku harap kau terima dia balik " WHAT ?! Yeah aku menangis . Air mata aku masa tu macam air terjun . Mana tak menangis kan kalau dulu kita tunggu dia macam org bodoh lepastu kita move on then dia datang balik kat kita. Fikir aku ni apa  -.- Lepastu Eiman yang dari tadi diam tu bersuara " Jangan lah menangis :/ betul cakap Ayu tu . Aku sayang kau lagi . Aku selalu cerita kat dia pasal kau . Pasal kenangan kita semua aku cerita kat Ayu . Pasal kau dengan Zack tu pun aku cerita kat dia . Dia sorang je kawan perempuan aku yang aku selesa untuk cerita . Tiap2 hari aku baca tweet kau dengan Zack . Sayang sayang lah I miss you , I miss you too lah . Aku jelous weh . Aku baru sedar yang aku sayang kau lagi . Aku menangis setiap malam sebelum tidur . Pasal kau weh . Pasal kau sorang je . Salah aku jugak dulu aku ego . Ego aku tinggi kan weh ? Sampai tak pandang kau langsung . Hm Aku harap kau buat keputusan dengan betul lepas ni " ....................... Terdiam . Terkejut . Air mata lagi laju turun . Tak terkata aku . 


Tetiba aku tersedar dari tidur . Alhamdulillah . Ya Allah ! Itu semua mimpi je . Aku bangun tu dalam pukul 6.30 a.m , terus pergi Solat Subuh . Tenangkan fikiran jap . Lepas solat aku duduk. Teringat balik pasal mimpi tadi . Ya Allah nasib baik tu semua mimpi je . Aku takut jadi kenyataan . Then air mata menitik perlahan lahan . Aku fikir balik . Kalau lah kan , KALAU mimpi tu jadi kenyataan macam mana ? Apa yang aku nak buat . Mimpi aku tu macam betul2 . Pasal Zack semua tu memang betul setiap malam kiteorg bersayang sayang . Pelik . Maybe Allah nak tunjukkan yang Eiman tu sayang aku lagi dalam bentuk mimpi . Automatic perasaan aku time tu 50/50. Haihh Lepastu aku bangun pergi bersiap mandi semua sebab nak pergi sambut birthday Qila . Dah pakai baju semua tu tetibe aku rasa tak sedap hati lagi . Aku pakai baju lain lepastu aku baring . Malas nak pergi . Pasal mimpi tu pun mood aku jadi tak betul. 



Haih hari ni pulak aku pergi sekolah sebab ada kawad kaki . Lepastu jumpa Ilya nak cerita pasal mimpi ni . Ilya pun cakap " Kalau mimpi tu jadi kenyataan , kau nak buat apa? " Haa you see that ? Kawan aku sendiri pun fikir benda yang sama dengan aku . Kalau korang lah kan , agak2 nak buat apa kalau mimpi mcm tu jadi kenyataan ? Haih :/ Sedih betul lah . Aku balas cakap Ilya "Entah lah , aku tak buat apa2 kot . Biar je lah . Malas nak fikir benda bodoh mcm ni" Hm penat ah mcm ni . K lah babai :) Aku penat dah nak type panjang2 semua ni . Hahah doakan lah mimpi aku ni tak jadi kenyataan . Amin! :D




Like je kalau suke .. :D

27 May 2013

Hari Guru 16 May 2013

16 May 2013 adalah Hari Guru :) Sambutan Hari Guru tahun ni paling best yg pernah aku pergi . Tema Hari Guru ialah 'Welcome back to School' .Guru2 semua diminta untuk memakai baju sekolah yang lengkap mcm pelajar yg lain . Pelik tapi benar . Unik dan menarik :) Tak percaya ? Nah ! 


Reti bezakan tak mana satu pelajar , mana satu cikgu ? Hahaha :p Ni belum lagi cikgu yg lain :3 Nah ! 


*Ni semua cikgu , bukan pelajar ok ? Hahaha 

Kalau hari guru ni mesti lah ada persembahan right ? Persembahan semua best2 :) Ada persembahan dari Team Rugby . Dorang buat Hakka dengan Gentleman cenggini ha (Y) Best gila .Hahaha :p Nah tgk lah :D 


Ini link video dorang .Pilih lah mana satu korang nak tgk . Dari sudut atas , sudut depan , sudut tepi semua ada . Haa pilih pilih :p  
  1. http://www.youtube.com/watch?v=BIe1JH6Ka1Q
  2. http://www.youtube.com/watch?v=RClanQxNQs8
  3. http://www.youtube.com/watch?v=C1pssw5NHH8
*Harap maklum . Sebelum anda tengok video ni , sila perlahankan volume sebab takut anda semua terkejut sebab dengar budak2 perempuan menjerit bagai :) Dan abaikan kalau ada suara perempuan bercakap xD*


Dah tgk dah ? best tak ? gempak tak ? Haha rasa bangga pulak :D  
Budak2 rugby ni jugak sebenarnya ada bukak kedai bunga . Beberapa minggu sebelum Hari Guru lagi dorang dah promote bunga dorang . Bunga hidup tau bukan bunga plastik . Nampak semangat dorang kat situ . Buat iklan bagai . Ha tgk ni 







Comel je kan ? HAHAHA xD hahaha alright then . 

Ok ni semua gambar dengan kawan2 pulak :)




Sekian ~  K babai :D


Like je kalau suke .. :D

17 May 2013

Aku move on

Yup . Aku move on . Tak pelik pun kan . Itu normal . Pasal Eiman ? Tutup cerita lama . Malas nak ungkit. Aku move on tapi bukannya couple dgn org lain or nak cari teman pengganti or what ever. Cuma nak lupakan je . Alah benda tu normal weh  .Lama jugak aku fikir pasal benda ni . Sama ada nak move on ataupun tak . Tapi lama2 bosan gak fikir benda yg sama tapi tak membuahkan hasil . Hm ye memang susah nak lupakan Eiman . Ye lah , dia lain daripada yg lain kot . Kalau aku cerita pasal dia daripada A - Z pun takkan habis sampai esok . Serious aku ckp . Banyak kenangan doh . Tapi nak buat mcm mana . Lagi2 bila aku dengan dia setiap hari jumpa . Satu sekolah lah katakan . 

Setiap hari aku cuba lupakan Eiman . Aku lawan perasan nak ambil tahu pasal dia tu . Alhamdulillah , akhirnya aku dapat jugak lupakan dia walaupun sikit . Aku dah anggap yang Eiman tu cuma kawan je sekarang . Tak lebih dan tak kurang . Ha ok dah settle ! :D 

Dalam pada masa yang sama ,  Ex aku datang balik carik aku .Dia nak getback . Ha datang lagi satu masalah -_-  Adoii . Nasib baik dia ni boleh bawak bincang . Tetibe kan , aku rasa kesian sebab dulu aku tinggalkan dia semata2 demi Eiman. Duh mashitah ,kenapa kau mcm ni . Kadang2 dia jugak yg bagi semangat bila aku menangis ke apa . Well ~ Terasa dihargai pulak kan xD Jarang kan jumpa ex yg mcm tu . Hahaha -_-

Hampir setiap hari dia tegur aku . mula2 rasa rimas , lama2 jadi sayang balik kat dia . Ish pelik lah perasaan aku ni -.- Kadang2 aku sendiri tak faham dengan diri aku sendiri . Bila aku cerita pasal benda ni dekat kawan2 aku , dorang boleh pulak suruh aku getback dengan Ex aku tu . Haish kawan2 aku ni pun semua pelik jugak mcm aku xD Tak faham ah dengan dorang ni . 

Ilya pernah pesan dia tak nak aku menyesal . Qila pulak pesan "Better pilih orang yang sayangkan kita walaupun kita tak sayang dia , daripada pilih org yang kita sayang tapi dia tak sayang kita" lepastu Ilya pesan lagi "Tapi tak ada guna jugak kalau kita couple dgn org tu , tapi kita tak sayang dia " Qila dgn Ilya boleh pulak bergaduh pasal aku xD  HAHAHA :3 Betul kan apa aku cakap ? Kawan2 aku pun sama2 pelik jugak mcm aku :p 

Ok aku dah buat keputusan :) Jeng jeng jeng haha :p Aku pilih Ex aku balik TAPI tak getback pun means tak couple lah .Faham ? :D Jangan tanya kenapa okay ? :3 Yeah settle semua masalah :) 

Like je kalau suke .. :D